RSS

Malass!

sejauh mana kita bersyukur dengan apa yang kita ada?


kita tidak bersyukur memiliki sepasang tangan,tetapi apabila jari kita terluka,kita akan mengeluh - nak makan susah,nak pegang barang pun sakit,....tetapi kita tidak sedar betapa bernasib baiknya kita-jari kita hanya terluka tetapi kita masih memilikinya... pernah x kita membayangkan manusia yang dilahirkan tanpa tangan? dan sedar betapa bernasib baiknya kita kerana masih memilikinya?

aku membayangkan dari persepsiku sebagai seorang pelajar- mmg satu tekanan bagi seorang pelajar jika mereka x faham apa yang diajar.. aku cukup2 menyampah dengan ayat nih.

"awk x per la,dah bijak",ayat2 yang biasa aku dengar bila peperiksaan(hurm,mmg tengah exam pown skang nih) -ayat nih bukanlah ditujukan kpd aku tetapi nih ayat2 yg biasa aku dengar dalam kelas.

apa yang x kena sebenarnya? aku nih bukan laa kategori yang bijak melampau tapi alhamdulillah setakat ni aku masih boleh menerima apa yang diajar. Dan setakat nih apa yang aku tgk,kwn2 aku boleh dikategorikan sebagai manusia yang sempurna- ada tangan,kaki,mata mulut telinga dan cukup sifatnya. tapi apa yang x kena sebenarnya?

aku sendiri pown kadang suka mengeluh- malasnya nak study- ayat yang cukup2 bodoh aku rsa sebab hakikatnya x da apa pown yang menjadi penghalang cme sikap malas yang harus dikikis. aku je yang x sedar. Melawan nafsu itu ternyata sesuatu yang susah-ya,nafsu malas!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: